TRIP TAMAN NEGARA PAHANG 2025

Monday, March 30, 2026

Kuala Tahan Taman Negara 2H1M - Jom ke Taman Negara 2026

 Assalamualaikum & hi!
Kalau korang tengah cari tempat cuti yang “lari sekejap dari bandar” tapi still ada aktiviti best, Kuala Tahan, Taman Negara Pahang memang pilihan padu untuk Visit Malaysia 2026.

" Taman negara pakej kuala tahan 2hari 1 malam
"Pakej 2 hari 1 malam taman negara 2026 rm330 "



Taman Negara ni bukan setakat cantik—dia bagi rasa tenang, hijau, fresh, dan sesuai sangat untuk family bawa anak, couple, geng kawan-kawan, group kolej/uni, dan juga trip sekolah rendah/menengah (kita boleh susun ikut umur & bajet).


"pakej taman negara 2 hari 1 malam"
"Itineari 2 hari 1 malam taman negara 2026"


Kuala Tahan Taman Negara 2H1M – Jom ke Taman Negara 2026 (Visit Malaysia 2026)


Kenapa kena plan awal? April ke atas = Super Peak Season

Mulai bulan April dan seterusnya, biasanya mula masuk fasa super peak season:

  • Pelancong luar negara (Europe/Asia) mula ramai datang

  • Banyak group booking, company trip & student trip

  • Cuti sekolah cepat full (bilik, bot, guide, slot aktiviti)

Kalau korang target April–Disember 2026, memang digalakkan lock tarikh awal supaya tak tinggal “view je” bila slot penuh πŸ˜„


Best untuk siapa?

1) Family & anak-anak
Anak boleh explore nature, jalan hutan, naik bot, tengok suasana kampung—memang pengalaman yang susah nak dapat dekat bandar.

2) Group kolej & universiti
Nak buat outing, assignment trip, kelab/persatuan, short bonding—2H1M memang ngam sebab padat tapi tak penat melampau.

3) Sekolah rendah & menengah
Untuk pelajar sekolah pun kita boleh susun itinerary lebih “student-friendly” (tempo santai, keselamatan dijaga, aktiviti sesuai umur).


Itinerary Pakej 2 Hari 1 Malam (Kuala Tahan, Taman Negara 2026)

Ini contoh itinerary yang paling ramai orang suka sebab ada gabungan air + budaya + hutan malam + trekking.

Hari Pertama: Ketibaan & Night Jungle Walk

2.00 PM – Tiba di Kuala Tahan & daftar masuk penginapan pilihan
3.00 PMRapid Shooting (naik bot redah jeram) + Lawatan Kampung Orang Asli

Aktiviti ni memang “ice breaker” terbaik—fun, basah sikit-sikit, lepas tu dapat pengalaman budaya & cerita unik Orang Asli.

7.30 PM – Makan malam (restoran terapung / tempat makan terdekat)
8.30 PMNight Jungle Walk (jalan hutan malam dengan guide berlesen)

Time ni paling syok—dengar bunyi hutan, spotting serangga, reptile kecil, dan vibe “real jungle”.

10.00 PM – Free & rehat


Hari Kedua: Jungle Trekking & Check Out

8.00 AM – Sarapan pagi
9.00 AMJungle Trekking ke Bukit Teresek

Hiking dia friendly. Lebih kurang 45 minit–1 jam ikut pace. Budak-budak pun boleh naik dengan guide (ikut kemampuan). View atas bukit memang puas hati.

1.00 PM – Makan tengah hari
12.00 PM – 2.00 PM – Check-out & tamat program (ikut flow group)


Nota Canopy Walkway

Canopy Walkway kadang-kadang tutup untuk maintenance/baik pulih.
Kalau masa trip korang dia dibuka semula, kita boleh bawa masuk (tertakluk syarat semasa).


Pakej lain pun ada (ikut bajet & masa korang)

Kalau 2H1M rasa sekejap, kita ada pilihan lain juga:

Day Trip Taman Negara – sesuai untuk yang nak pergi balik hari
3 Hari 2 Malam (3H2M) – lebih santai, lebih banyak aktiviti & “healing” betul-betul
Pakej Sekolah – susun ikut umur, keselamatan & jadual sekolah
Pakej Berkumpulan – kolej/uni/kelab/organisasi (custom itinerary boleh)


Tempah awal (serius) – sebab slot cepat penuh

Untuk super peak season + cuti sekolah, bilik & bot memang cepat habis. Lagi awal korang lock tarikh, lagi senang kita susun:

  • penginapan

  • guide berlesen

  • bot & aktiviti ikut slot


Tempahan & Pertanyaan

πŸ“± WhatsApp En. Shahdi: 016 900 1228
πŸ”— Link Pakej: https://bit.ly/PakejTamanNegaraPahang



No comments:

Post a Comment