Sunday, August 16, 2026

Canopy Walk Kuala Tahan 2026 – Aktiviti Wajib Dalam Day Trip Taman Negara

Assalamulaikum guys! Kalau anda sedang mencari aktiviti best sehari di Kuala Tahan, Canopy Walk Kuala Tahan 2026 adalah antara tarikan yang wajib dimasukkan dalam itinerary Day Trip Taman Negara Pahang

Canopy Walk Kuala Tahan 2026, Canopy Walk Taman Negara, Canopy Walk Seberang Ara, Titian Kanopi Seberang Ara, Day Trip Taman Negara, Kuala Tahan, Taman Negara Pahang, Bukit Teresek, Sungai Tahan, Pakej Taman Negara 2026
"Aktiviti Wajib Dalam Day Trip Taman Negara"

Aktiviti ini sesuai untuk family trip, trip kawan-kawan, pasangan, group kecil dan sesiapa yang mahu merasai pengalaman hutan hujan tropika dalam masa satu hari.

Selepas lama tidak beroperasi, Canopy Walk Seberang Ara telah dibuka secara rasmi pada 22 Jun 2026. Ia kini kembali menjadi salah satu tarikan ikonik di Taman Negara selain Sungai Tahan, Bukit Teresek, Rapid Shooting dan lawatan ke Kampung Orang Asli.

Canopy Walk Ke-2 Di Taman Negara

Canopy Walk Seberang Ara ialah canopy walk ke-2 di Taman Negara. Titian kanopi ini mempunyai ketinggian sekitar 40 meter dari tanah dan panjang sekitar 1.1 kilometer, atau lebih kurang 980 meter.

Pengalaman berjalan di atas titian kanopi ini memang lain daripada aktiviti biasa. Anda boleh melihat suasana hutan hujan tropika dari aras tinggi, menikmati udara segar dan merasai suasana alam semula jadi yang cukup menarik di Kuala Tahan, Taman Negara Pahang.

Pilihan Aktiviti Untuk Day Trip

Untuk Day Trip Taman Negara 2026, anda boleh pilih aktiviti utama mengikut kesesuaian group dan slot semasa:

  • Hiking ke Bukit Teresek

  • Canopy Walk Seberang Ara

  • Rapid Shooting

  • Lawatan ke Kampung Orang Asli

  • Boat trip / aktiviti sungai

  • Makan tengah hari di restoran terapung, jika ambil pakej termasuk makan

Kalau anda suka trekking dan mahu naik ke viewpoint, boleh pilih Bukit Teresek. Kalau anda mahu pengalaman berjalan di atas hutan hujan tropika, canopy walk memang pilihan yang sangat menarik.

Syarat Canopy Walk 2026

Untuk masa sekarang, kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan menyertai aktiviti canopy walk.

Pengunjung juga dikehendaki mengisi borang indemnity atau borang pengakuan risiko sebelum naik ke canopy walk. Borang ini penting untuk memastikan peserta faham risiko aktiviti dan keadaan kesihatan mereka sesuai.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian:

  • Takut tinggi

  • Sakit jantung

  • Darah tinggi

  • Asma

  • Pening atau vertigo

  • Mengandung

  • Masalah lutut

  • Semput

Jika ada masalah kesihatan tertentu, sebaiknya maklumkan awal kepada guide sebelum aktiviti bermula.

Tempah Awal Sebab Slot Terhad

Canopy walk mempunyai slot terhad pada satu-satu masa. Jadi kalau anda bercadang datang semasa cuti sekolah, hujung minggu atau public holiday, tempahan awal sangat digalakkan.

Musim ramai orang biasanya cepat penuh, terutama untuk family trip, group trip dan company trip. Lagi awal anda booking, lagi mudah untuk susun masa, aktiviti dan slot canopy walk.

Pakej Taman Negara Yang Ada

1. Day Trip Taman Negara
Harga dari RM150 seorang, minimum tempahan 4 orang. Sesuai untuk trip sehari di Kuala Tahan.

2. Day Trip Termasuk Makan Tengah Hari
Harga dari RM170 seorang, termasuk makan di restoran terapung.

3. Pakej 2 Hari 1 Malam
Sesuai untuk short getaway, family trip dan trip hujung minggu.

4. Pakej 3 Hari 2 Malam
Pilihan terbaik untuk mereka yang mahu lebih santai dan cuba lebih banyak aktiviti.

5. Pakej Family / Group / Team Building
Sesuai untuk keluarga besar, syarikat, sekolah, universiti dan trip berkumpulan.

6. Add-on Sungai Tahan / Lata Berkoh
Boleh ditambah bergantung kepada slot, cuaca dan kesesuaian masa.

Tempahan & Pertanyaan

WhatsApp / Call: 016-900 1228
Contact: En Shahdi
Website: www.pakejtamannegarapahang.com

Jom ke Taman Negara! Tempah awal untuk semak slot, harga dan pakej yang sesuai.

FAQ – Canopy Walk Kuala Tahan 2026

1. Apa itu Canopy Walk Seberang Ara?
Canopy Walk Seberang Ara ialah canopy walk ke-2 di Taman Negara dan menjadi antara tarikan popular di Kuala Tahan.

2. Bila Canopy Walk Seberang Ara dibuka semula?
Canopy Walk Seberang Ara dibuka secara rasmi pada 22 Jun 2026 selepas lama tidak beroperasi.

3. Berapa tinggi canopy walk ini?
Ketinggiannya sekitar 40 meter dari tanah.

4. Berapa panjang Canopy Walk Seberang Ara?
Panjangnya sekitar 1.1 kilometer atau lebih kurang 980 meter.

5. Boleh buat canopy walk untuk day trip?
Ya. Untuk day trip, anda boleh pilih sama ada hiking ke Bukit Teresek atau canopy walk, bergantung kepada slot dan kesesuaian group.

6. Kanak-kanak boleh naik canopy walk?
Buat masa sekarang, kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan.

7. Perlu isi borang sebelum naik canopy walk?
Ya, pengunjung perlu mengisi borang indemnity atau borang pengakuan risiko.

8. Kenapa perlu tempah awal?
Sebab slot canopy walk terhad, terutama semasa cuti sekolah, hujung minggu dan public holiday.


#CanopyWalkKualaTahan
#CanopyWalkTamanNegara
#CanopyWalkSeberangAra
#TitianKanopiSeberangAra
#DayTripTamanNegara
#TamanNegaraPahang
#KualaTahan
#BukitTeresek
#SungaiTahan
#PakejTamanNegara2026
#TripTamanNegara
#CutiSekolahTamanNegara
#JomKeTamanNegara

No comments:

Post a Comment