Sunday, July 12, 2026

Day Trip Taman Negara 2026 Untuk Family – Canopy Walk & Aktiviti Menarik

 Assalamulaikum , Kalau anda sedang mencari aktiviti best sehari di Kuala Tahan untuk family, Day Trip Taman Negara 2026 adalah pilihan yang sangat sesuai. Dalam satu hari, anda boleh menikmati suasana hutan hujan tropika, naik bot, buat aktiviti sungai dan pilih aktiviti menarik seperti hiking ke Bukit Teresek atau Canopy Walk Seberang Ara.


Day Trip Taman Negara 2026 Untuk Family
"Day Trip Taman Negara 2026 Untuk Family"


Untuk tahun 2026, antara tarikan yang ramai keluarga nak cuba ialah Canopy Walk Taman Negara, iaitu canopy walk ke-2 di Taman Negara. Selepas lama tidak beroperasi, Canopy Walk Seberang Ara telah dibuka secara rasmi pada 22 Jun 2026 dan kembali menjadi tarikan ikonik selain Sungai Tahan.

Canopy Walk Seberang Ara

Canopy Walk Seberang Ara mempunyai ketinggian sekitar 40 meter dari tanah. Panjang laluan pula sekitar 1.1 kilometer atau lebih kurang 980 meter.

Aktiviti ini memberi pengalaman berjalan di atas titian kanopi sambil menikmati pemandangan hutan dari aras tinggi. Untuk family yang suka nature, suasana hijau dan pengalaman baru, canopy walk memang antara aktiviti yang menarik untuk dimasukkan dalam day trip.

Pilihan Aktiviti Untuk Day Trip Family

Untuk Day Trip Taman Negara 2026, anda boleh pilih aktiviti utama mengikut kesesuaian keluarga dan slot semasa:

  • Hiking ke Bukit Teresek

  • Canopy Walk Seberang Ara

  • Rapid Shooting

  • Lawatan ke Kampung Orang Asli

  • Boat trip / aktiviti sungai

  • Makan tengah hari di restoran terapung, jika ambil pakej termasuk makan

Day Trip Taman Negara 2026, Family Trip Taman Negara, Canopy Walk Seberang Ara, Canopy Walk Taman Negara, Kuala Tahan, Bukit Teresek, Sungai Tahan, Pakej Taman Negara 2026
"Canopy Walk & Aktiviti Menarik"


Kalau family anda suka trekking, boleh pilih Bukit Teresek. Kalau mahu pengalaman nature yang lebih unik, canopy walk memang pilihan yang ramai nak cuba.

Syarat Canopy Walk 2026

Untuk masa sekarang, kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan menyertai aktiviti canopy walk.

Pengunjung juga dikehendaki mengisi borang indemnity atau borang pengakuan risiko sebelum naik canopy walk. Borang ini bertujuan untuk memastikan peserta faham risiko aktiviti dan keadaan kesihatan mereka sesuai.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian:

  • Takut tinggi

  • Sakit jantung

  • Darah tinggi

  • Asma

  • Pening atau vertigo

  • Mengandung

  • Masalah lutut

  • Semput

Tempah Awal Sebab Slot Terhad

Canopy walk mempunyai slot terhad pada satu-satu masa. Kalau anda merancang datang semasa cuti sekolah, hujung minggu atau public holiday, tempahan awal sangat digalakkan.

Untuk family trip, lagi awal booking lagi mudah untuk susun masa, aktiviti dan pilihan pakej yang sesuai.

Pakej Taman Negara Yang Ada

1. Day Trip Taman Negara
Harga dari RM150 seorang, minimum tempahan 4 orang. Sesuai untuk trip sehari di Kuala Tahan.

2. Day Trip Termasuk Makan Tengah Hari
Harga dari RM170 seorang, termasuk makan di restoran terapung.

3. Pakej 2 Hari 1 Malam
Sesuai untuk short getaway, family trip dan trip hujung minggu.

4. Pakej 3 Hari 2 Malam
Pilihan terbaik kalau mahu lebih santai dan cuba lebih banyak aktiviti.

5. Pakej Family / Group / Team Building
Sesuai untuk keluarga besar, syarikat, sekolah, universiti dan trip berkumpulan.

6. Add-on Sungai Tahan / Lata Berkoh
Boleh ditambah bergantung kepada slot, cuaca dan kesesuaian masa.

Tempahan & Pertanyaan

WhatsApp / Call: 016-900 1228
Contact: En Shahdi
Website: www.pakejtamannegarapahang.com

Jom ke Taman Negara! Tempah awal untuk semak slot, harga dan pakej yang sesuai.

FAQ – Day Trip Taman Negara 2026 Untuk Family

1. Sesuai tak Day Trip Taman Negara untuk family?
Ya, sesuai untuk family yang mahu aktiviti sehari di Kuala Tahan seperti boat trip, rapid shooting, lawatan Orang Asli, Bukit Teresek atau canopy walk.

2. Apa itu Canopy Walk Seberang Ara?
Canopy Walk Seberang Ara ialah canopy walk ke-2 di Taman Negara dan antara tarikan terbaru di Kuala Tahan.

3. Bila canopy walk dibuka semula?
Canopy Walk Seberang Ara dibuka secara rasmi pada 22 Jun 2026.

4. Berapa tinggi dan panjang canopy walk ini?
Ketinggian sekitar 40 meter, panjang sekitar 1.1 kilometer atau lebih kurang 980 meter.

5. Kanak-kanak boleh naik canopy walk?
Buat masa sekarang, kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan.

6. Perlu isi borang sebelum naik canopy walk?
Ya, pengunjung perlu mengisi borang indemnity atau borang pengakuan risiko.

7. Boleh pilih Bukit Teresek atau canopy walk?
Ya, untuk day trip anda boleh pilih sama ada hiking ke Bukit Teresek atau canopy walk, bergantung kepada slot dan kesesuaian keluarga.


#DayTripTamanNegara
#FamilyTripTamanNegara
#CanopyWalkTamanNegara
#CanopyWalkSeberangAra
#TitianKanopiSeberangAra
#TamanNegaraPahang
#KualaTahan
#BukitTeresek
#SungaiTahan
#PakejTamanNegara2026
#CutiSekolahTamanNegara
#JomKeTamanNegara

No comments:

Post a Comment