Taman Negara Pahang menawarkan gabungan aktiviti hutan dan sungai yang sesuai untuk pengunjung pelbagai peringkat umur. Dalam satu perjalanan, anda boleh menikmati suasana hutan hujan, menaiki bot, berjalan di laluan hutan dan melihat pemandangan dari Canopy Walk.
Aktiviti bot seperti Rapid Shooting memberikan pengalaman menyusuri jeram Sungai Tembeling. Peserta juga berpeluang singgah ke Kampung Orang Asli untuk mengikuti penerangan mengenai kehidupan dan pengetahuan tradisional komuniti setempat.
Pada hari kedua, peserta boleh memilih jungle trekking ke Bukit Teresek atau Canopy Walk Seberang Ara. Pilihan akan disusun mengikut tahap kecergasan kumpulan, keadaan cuaca dan slot yang tersedia.
Pakej ini boleh disesuaikan untuk keluarga, pasangan, group trip, pelajar dan syarikat. Bagi kumpulan yang lebih besar, aktiviti tambahan atau program team building juga boleh dibincangkan.
Tempahan: https://bit.ly/PakejTamanNegaraPahang
Website: http://www.triptamannegara.com
pakej Taman Negara Pahang 2026, Canopy Walk dan boat, jungle trekking Kuala Tahan.
No comments:
Post a Comment