Thursday, October 15, 2026

Pakej Taman Negara Julai hingga Disember 2026 – 2H1M

 Bagi anda yang merancang perjalanan dari Julai hingga Disember 2026, tempahan awal membantu mendapatkan pilihan penginapan dan tarikh yang lebih sesuai.

Julai dan Ogos biasanya menjadi musim perjalanan bagi ramai pelancong antarabangsa. Bulan-bulan seterusnya pula mempunyai cuti sekolah, cuti umum dan hujung minggu panjang yang boleh meningkatkan permintaan.

Pakej 2H1M sesuai untuk perjalanan keluarga, group kecil atau company trip ringkas. Untuk program yang memerlukan lebih banyak masa, pakej 3H2M atau team building mungkin lebih sesuai.

Keadaan cuaca boleh mempengaruhi aktiviti bot, trekking dan Canopy Walk. Susunan alternatif akan diberikan sekiranya sesuatu aktiviti tidak dapat dijalankan atas faktor keselamatan.

Apa Perlu Dibawa ke Taman Negara?

Sediakan barang berikut:

  • Kasut sukan atau kasut trekking dengan cengkaman baik
  • Pakaian ringan dan cepat kering
  • Baju serta seluar tambahan
  • Baju hujan atau ponco
  • Beg kalis air atau plastik untuk telefon
  • Botol air
  • Penghalau serangga
  • Topi dan krim pelindung matahari
  • Tuala kecil
  • Ubat peribadi
  • Lampu suluh untuk aktiviti malam
  • Sandal untuk kegunaan selepas aktiviti
  • Wang tunai secukupnya
  • Kad pengenalan atau pasport

Elakkan membawa barang berharga yang tidak diperlukan ketika aktiviti bot dan trekking.


FAQ Pakej Taman Negara 2H1M 2026

1. Berapakah harga Pakej Taman Negara 2 hari 1 malam?

Harga pada poster bermula RM330 seorang untuk chalet atau motel dan RM370 seorang untuk resort. Harga akhir bergantung pada tarikh, jumlah peserta, jenis bilik dan aktiviti.

2. Adakah Canopy Walk termasuk dalam pakej?

Canopy Walk boleh dipilih sebagai aktiviti hari kedua, tertakluk pada status operasi, cuaca, kapasiti harian dan pengesahan tempahan.

3. Bolehkah kanak-kanak menaiki Canopy Walk?

Polisi lazim menyatakan kanak-kanak bawah tujuh tahun tidak dibenarkan menaiki Canopy Walk. Syarat terkini akan disahkan sebelum perjalanan.

4. Hari kedua perlu pilih Canopy Walk atau Bukit Teresek?

Peserta boleh memilih berdasarkan tahap kecergasan, umur peserta, jadual kumpulan dan slot yang tersedia.

5. Adakah pakej sesuai untuk keluarga?

Ya. Aktiviti boleh disusun mengikut umur dan keadaan fizikal peserta. Namun, sesetengah aktiviti mempunyai syarat keselamatan tertentu.

6. Adakah pakej sesuai untuk syarikat?

Ya. Pakej boleh digunakan untuk company trip, leisure trip, family day dan team building.

7. Adakah penginapan dekat dengan jeti?

Pilihan penginapan yang ditawarkan berada di sekitar Kuala Tahan dan berhampiran kawasan jeti, bergantung pada hotel atau chalet yang dipilih.

8. Apakah pakej lain yang tersedia?

Terdapat pakej day trip, 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam, group trip dan team building.

9. Perlukah membuat tempahan awal?

Ya. Tempahan awal sangat disarankan untuk cuti sekolah, cuti umum, hujung minggu dan musim pelancong antarabangsa.

10. Bagaimana membuat tempahan?

Hantar tarikh perjalanan, jumlah dewasa, jumlah kanak-kanak berserta umur dan pilihan penginapan melalui WhatsApp.

Semak tarikh: https://bit.ly/PakejTamanNegaraPahang
Website: http://www.triptamannegara.com

 Pakej Taman Negara Julai 2026, cuti sekolah Taman Negara, pakej hujung tahun Pahang.

No comments:

Post a Comment